Trip Cebu Filipina 4h3m telah berjaya diselesaikan walaupun trip ni main redah je sebab trip dan itinerary ke Cebu ni pun tak sempat nak rancang awal-awal. Setakat baca sikit-sikit dari blog lain.
Cebu ni ialah sebuah kepulauan di Filipina dan kedudukannya adalah di tengah-tengah negara Filipina. Cebu memang agak besar dan tak terasa seperti berada di pulau. Keluasannya adalah dianggarkan 4,943.72 km2.
Dah makin ramai rakyat Malaysia yang ke Cebu dan sewaktu buat aktiviti canyoneering, ada juga jumpa group dari Malaysia.
Secara keseluruhannya Cebu memang banyak tempat menarik yang terdiri daripada pulau, pantai, gunung dan air terjun.
Trip ke Cebu ni pada 2-5 December 2017 dan pertama kali juga FN menjejakkan kaki ke Filipina. Trip saat akhir yang dirancang bersama kawan iaitu sebulan sebelum berlepas. Maklumlah kawan FN punya jadual kerja kena tunggu at least 1-2 bulan untuk confirmkan jadual cuti.
Cabaran untuk ke sana ialah untuk dapatkan flight yang murah di saat akhir. Tiap2 hari perlu survey tiket dan tarikh yang dipilih tu adalah yang termurah iaitu RM465 untuk return flight. Untuk ke Cebu memang harga flight agak mahal.
Trip dan Itinerary ke Cebu
Ini antara iti sewaktu FN ke Cebu. Kami menggunakan guide untuk bawa ke lokasi menarik dengan menaiki motorsikal. Kami hanya pergi ke bahagian selatan Cebu iaitu Oslob, Dalaguette, Badian dan Moalboal. Kalau nak ke utara Cebu memang tak cukup 4h3m.
Menggunakan guide adalah alternatif paling berbaloi disebabkan masa kami yang terhad dengan harapan untuk menakluk banyak lokasi terbaik di sana. Kalau tak guna guide agak susah juga nak explore Cebu ni.
Secara ringkasnya, itinerary adalah seperti berikut:
Day 1
– Berlepas Dari KLIA
Day 2
– Whale Shark Watching
– Sumilon Island
– Tumalog falls
Day 3
– Osmena Peak
– Canyoneering Kawasan Falls
– Rafting di Kawasan Falls
– Snorkelling di Moalboal
– Bertolak ke Cebu City
Day 4
– Berlepas dari Mactan International Aiport menuju KLIA2.
Sebenarnya dari Cebu City tu ada beberapa pilihan samada terus menuju ke Oslob dan berakhir di Moalboal atau pergi ke Moalboal terlebih dahulu dan berakhir di akhir Oslob. Tapi bergantung juga pada waktu ketibaan flight di Cebu. Untuk trip ni, kami bermula di Oslob dan bermalam di situ dan berakhir di Moalboal.
Di bawah adalah cerita lagi detail untuk panduan.
Day 1
7pm : Berlepas dari KLIA 2. Sepatutnya flight 5.45pm tapi delay pulak.
11pm
- Selamat smpai di Mactan International Airport cebu
- Terus ke imigresen. Serahkan passport & borang ketibaan yang diberi sewaktu dlm flight. Kalau nak cepat bawa pen siap2 dan isi borang tu dalam flight. Seperti biasa ada sesi soal jawab dengan pegawai imigresen. Pegawai tu cuma tanya berapa hari stay kat Cebu.
- Beli simcard Globe di airport berharga PHP300. Kebanyakan traveller yang dah sampai ke Cebu cadangkan guna Globe tapi di Cebu tak banyak kawasan ada coverage. Hanya kawasan pekan boleh dpt 4G. Lain2 tempat tak stabil.
Day 2
- 12.30am: Bertolak ke Cebu South Terminal naik white taxi yang ada di airport. Ikut sahaja arah signboard di luar airport untuk dapatkan taxi. Kebanyakan traveller cadangkan white taxi sebab harga lebih murah dari Yellow taxi. Kos untuk 1 taxi =PHP300
- 1am: Sampai di Cebu South Terminal untuk ke Oslob atau lebih spesifiknya Whale shark watching. Terus sahaja naik bas ceres liner warna kuning yang ada tulis Oslob dan minta driver tu berhenti di whale shark watching. Bas ni ada aircond & wifi yang berharga PHP227.
- 4am– Tiba di lokasi Whale Shark Watching. Dalam perjalanan tu terlelap seketika dan dikejutkan oleh konduktor bas tu. Nasib baik dah pesan waktu naik. Bas berhenti di depan MB’s Sunrise View Resort berdekatan whale shark watching. Lokasinya hanya di tepi jalan utama.
- Disambut oleh staf di mb’s resort dan kami dilayan oleh salah seorang staf perempuan di situ. Sambil bersembang dgn staff tu, kami ceritakan lokasi yang nak pergi dan dia bagi cadangan berserta dgn kos termasuk guide. Kami hanya follow sahaja apa yg dicadangkan disebabkan masih dlm bajet yang dah kira. Lagipun akan memudahkan pergerakan yang hanya ada 2 hari sahaja untuk menjelajah selatan Cebu.
- 5am– Check in di mb’s resort. staff tersebut benarkan utk cek in awal sebab bilik tu memang kosong . Kami hanya ambil bilik fan room berharga PHP1200. bilik ni ada 3 katil dan private bathroom.
- 6am– Kami mulakan aktiviti whale shark watching yang berdekatan dengan Mb’s resort iaitu hanya 3 minit berjalan kaki. Tempat ni dibuka seawal 6am dan berakhir sekitar jam 11am. Kalau dah tengah hari mungkin whale shark pun dah kekenyangan dan balik tido. Pastikan sampai awal di sini kerana orang agak ramai terutama weekend. Kos untuk foreigner adalah PHP500 tapi kalau nak snorkelling kena tmbh lagi PHP500. Sebelum tu ada sesi briefing lebih kurang 5minit. Hanya 30minit sahaja masa yg dibenarkan bersama whale shark. Kalau taknak snorkelling boleh tengok whale shark dari atas bot je sebab shark ni selalu je timbul dekat dengan bot.
- 7.45am– kami bergerak ke Sumilon Island menggunakan multicab utk menaiki bot. Sebelum tu kami dikumpulkan di tempat menunggu untuk naik bot. Sumilon island ni dekat je lebih kurang 10minit. Pulau ni pun tak besar sangat cuma agak cantik dengan air yang tersangat jernih dan pasir yang putih gebu ala2 maldive. Tak tau la betul ke tak macam maldive sebab FN pun tak pernah sampai ke sana..haha. Tak banyak aktiviti boleh buat. Cuma boleh snorkeling dan sesi fotografi di sekitar pantai. Ada resort di sini tapi kawasan resort tidak dibenarkan masuk kalau kita tak stay di situ.
- 930am– balik semula ke resort menaiki multicab.
- 11am– naik motorsikal untuk ke Tumalog Falls. Sebuah motor naik 3 orang. Ni antara falls yang paling dekat iaitu lebih kurang 15minit. Entrance fee untuk foreigner adalah PHP20. Kalau musim panas berpanjangan memang tiada air di sini. Nasib kami baik sebab datang pada waktu air mencurah2 terjun dari puncak yang tersangat cantik dan sejuk airnya.
- 12.30pm– balik ke resort dan sebelah petang dan malam kami hanya rehat je. Di sini jam 5pm pun dah gelap gelita. Waktu malam memang tiada aktiviti nak buat. Lagipun memang dah penat sangat dan mengantuk sebab perjalanan dari KLIA2 ke Oslob tak dapat nak lelapkan mata pun.
Day 3
- 3.45am– Awal pagi dah bangun demi misi menawan Osmena Peak untuk tengok sunrise. Hanya menaiki motor untuk ke sana dengan perjalanan lebih kurang 2 jam dari mb’s resort.
- 5.45am– Tiba di Osmena Peak dan perlu byr entrance fee PHP30/pax. Memandangkan keadaan masih gelap dan tak nampak laluan, kami terpaksa upah guide untuk ke puncak dengan bayaran PHP150/pax. Perlu mendaki sejauh 1.2km dengan laluan yang agak berbatu dan ada laluan yang agak curam. Pemandangan di puncak memang sangat cantik ketika matahari baru nak naik dan bentuk gunungnya yang agak unik.
- 7am– Breakfast mee segera yang bawa dari Malaysia. Lepak di warung yang ada di bawah Osmena Peak. Cuma minta air panas je dengan tokey warung tu. Sempat juga bersembang dengan penduduk tempatan kat situ. Memang cukup ramah orang Cebu. Selepas tu kami menuju ke Kawasan Falls untuk aktiviti canyoneering. Sepanjang perjalanan tu memang agak teruja dengan alam semulajadi dan bentuk muka bumi Cebu. Indah sungguh ciptaan tuhan.
- 745am– Sampai di lokasi untuk daftar dan kami dibawa ke lokasi untuk briefing atau starting point untuk canyoneering. Ada 2 orang guide sepanjang aktiviti tersebut. Disebabkan tak ramai, ada 2 orang lagi gadis Manila yang join group kami.
- 8am– Aktiviti bermula dengan terjunan rendah sahaja sebagai muqaddimah. Sepanjang laluan Terdapat 8 terjunan yang perlu dibuat dan perlu meredah air terjun yang tersangat cantik dengan air yg jernih dan menghijau ditambah pula dengan rupa bentuk batu kapur yang sangat unik. Terjunan paling tinggi rasanya lebih kurang 15m. Memang terasa gayat. Cantiknya tempat ni memang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata seolah-olah berada di alam fantasi.
- Setelah selesai terjun dan meredah sungai, kami mendaki lebih 500 anak tangga dan perlu berjalan lebih kurang 1km untuk sampai ke penamat. Maka selesailah aktiviti canyoneering yang memang terbaik walaupun agak penat. Kalau masih sihat walafiat memang wajib cuba aktviti ni.
- 12pm– Kami menuju ke lokasi utama Kawasan falls untuk aktiviti rafting dengan menggunakan motorsikal lebih kurang 5 minit. Sampai di sana perlu berjalan lebih kurang 1km. Memang best aktiviti di sini. Kami akan dihayutkan menggunakan rakit buluh dan dibiarkan di bawah deruan air yang terjun dari puncak. Terasa seperti diurut2 dan dipukul manja oleh oleh air.
- 1pm– Selesai rafting kami ke Moalboal untuk snorkelling. Ni pun hanya aktiviti tambahan memandangkan masih ada masa lagi dan bajet pun masih cukup. Hanya snorkeling di tepi pantai dan kami tak pergi pun ke pescador island. Kalau di pescador island boleh buat island hopping. Di moalboal ni meriah dengan aktiviti laut.
- 3.30pm– Kami dihantar oleh guide ke bus stop di jalan besar untuk menaiki bas balik ke cebu city. Kami naik bas ceres liner yang tiada aircond. Sebenarnya ada juga bas yang beraircond & wifi tapi harganya mungkin berbeza. Jumpa lagi gadis Manila tu tapi dia naik bas yang ada aircond.
- 6pm – Sampai di Cebu South Terminal dan kami berjalan mencari hotel berdekatan. Keadaan trafik agak sesak waktu petang.
- 6.15pm– Check in di TMS lodge. Bilik ni tersangat la basic kemudahannya. Walaupun ada aircond tapi banyak yang tak lengkap. Bilik air hanya disediakan tong air dan cebok. Tiada shower dan singki serta toilet pun takde flush. Dengan harga PHP750 rasa mcm tak berbaloi je.
- 7pm– Selepas tu kami ronda-ronda di cebu city lebih kurang sejam. Besar juga bandar cebu ni dan banyak shopping mall. Sangat sesak dengan orang ramai dan kenderaan. Memang hidup suasana malam di sini.
Day 4
- 9.30am– Tunggu white taxi di depan TMS Lodge untuk ke airport.
- 10.30am – Sampai di airport dan singgah di kedai souvenir sebelum check in. Perlu bayar airport tax PHP750 di kaunter yang disediakan sebelum boarding. Terima kasih juga kepada traveller lain yg berkongsi info ni. Sekurang-kurangya boleh elakkan kita daripada habiskan duit sebelum balik. Kalau tak timbul pulak masalah lain nanti.
- 1.30pm– Flight berlepas dari airport tepat pada waktunya
Apa yang menarik dengan percutian ke Cebu?
1. Kos
Memandangkan kami guna guide bermotorsikal, kos yang dikenakan adalah PHP5840/pax untuk aktivti berikut:
- Whale shark watching + snorkelling
- Sumilon Island (bot + entrance fee+transport untuk ke tempat berkumpul)
- Tumalog waterfalls (tak termasuk entrance fee).
- Osmena Peak
- Canyoneering di Kawasan Falls ( termasuk life jacket, helmet, kasut, makan) dan rafting activity di Kawasan Falls
- Bilik 1 malam di MB’s Sunrise View Resort.
Lain-lain Kos per pax:
- simcard Globe : PHP 300
- Taxi dari airport ke south terminal : PHP150
- Bas dari South Terminal ke Oslob : PHP227
- Tumalog falls fee : PHP20
- Osmena Peak fee & guide : PHP180 (fee PHP30. Kalau keadaan dah cerah boleh naik tanpa guide)
- Transport ke Moalboal : PHP500 (Tambahan aktiviti saat akhir)
- Bas dari moalboal ke cebu city: PHP115
- Bilik di TMS Lodge: PHP375
- Taxi ke Airport : PHP100
- Airport Tax : PHP750
Bagi FN, kos yang dikenakan tu cukup berbaloi dengan kepuasan menjelajah selatan Cebu.
Kos untuk makan minum agak sedikit sebab bawa bekal dari Malaysia. Kalau nak cari makanan halal agak susah. Ada kedai di sekitar Cebu City tapi apa yang FN tau dari traveller lain, harganya agak mahal.
2. Tempat menarik di Cebu
Antara tempat paling best sepanjang FN di sana ialah:
- Whale shark watching- Uniknya di sini adalah boleh berenang bersama dengan whale shark yang sangat besar dan jinak. Susah nak jumpa peluang macam ni.
- Canyoneering Kawasan Falls – Untuk orang muda yang masih bertenaga memang tak rugi untuk aktiviti canyoneering ni. Pemandangan air terjunnya yang memukau seolah-olah berada di dunia lain untuk seketika. Sepanjang laluan terdapat 8 kali terjunan yang perlu dibuat memang menguji keberanian dan kekuatan mental tetapi itulah aktiviti paling best di sini. Tempoh masa aktiviti ini adalah 3-4 jam tetapi terasa masa berlalu sangat pantas.
- Sunrise di Osmena Peak – Hanya sedikit kekuatan fizikal diperlukan dan dapat lihat pemandangan yang memang cantik dari puncak Osmena yang merupakan puncak tertinggi di Cebu. Laluannya juga tidaklah begitu mencabar dengan hanya 15-20 minit pendakian.
Galeri Cebu
Whale Shark Watching, Oslob.
Sumilon Island
Sunrise di Osmena Peak
Tumalog waterfalls
Canyoneering di Kawasan Falls
Aktiviti berakit di kawasan Falls
Walaupun trip ni dirancang saat akhir tetapi memang puas hati. FN telah berjaya menakluk Laut, pulau, pantai, puncak gunung dan air terjun dalam masa 2 hari sahaja.
Untuk tips dan panduan ke Cebu boleh baca di sini
p/s: Kualiti gambar tak cantik sebab guna action cam murah je. Tak cantik kalau low light
Mariam says
Assalamualaikum
Ada contact guide yg FN ambil?
Php 5840 seorang utk 2 hari 1 malam?
FikriNordin (FN) says
Ya PHP5840 1org. tu memang dah boleh cover aktiviti utk 2h1m:
Day 1-whale shark watching + snorkeling, Sumilon Island (bot + entrance fee), tumalog waterfalls, bermalam di MB’s Sunrise View Resort.
Day 2-Osmena Peak, Canyoneering at Kawasan Falls ( termasuk life jacket, helmet, kasut, ), rafting activity di Kawasan Falls
Kalau pegi ramai mungkin boleh dpt murah lagi. ni sebab berdua je.
Tour Guide kami dulu ada 2 org sbb guna 2 buah motor.. kami jumpa waktu kat MB’s Sunrise View Resort. Dia staf kt situ.
Domi: +6309305925404
Jessie: +6309423524737
Sharina Sumardi says
hello dear
nak tanye, kalau hike ke osmena and nk buat kawasan fall canyoneering memang boleh buat semua dalam 1 hari?
kalau takde stamina sangat ok ke buat semua terus dalam 1 hari.?
FikriNordin (FN) says
Boleh sangat..
sebab sy memang buat 1 hari je.
awl pagi hiking osmena utk tgk sunrise & trus ke kawasan fall.
kt osmena tu lbih kurang 2 jam je.. hiking pn takdelah tinggi sangat.
dari osmena ke kawasan falls lebih kurang 45 min kalau naik motor.
canyoneering tu 3-4 jam juga la nak habiskan.
tapi kalau takut tak cukup stamina buat la berasingan sebab canyoneering tu pn bukan setakat main terjun2 je. last sekali kena hiking 500 anak tangga & berjalan untuk tamatkan aktiviti.