Misi menawan Semporna Sabah telah berjaya dilaksanakan setelah hampir setahun menunggu sepertimana post sebelum ini TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SABAH. Sememangnya pulau-pulau di Semporna menjadi destinasi pilihan FN jika ke Sabah. Semporna semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia dengan adanya gugusan pulau yang cantik. Aktiviti pelancongan pun kian rancak dipromosikan.
Dari segi geografinya, terletak di Sebelah Timur Sabah dan berada di perairan laut Sulu yang merupakan kawasan yang terdedah kepada ancaman pihak sulu. Sepanjang FN ke sana, situasi memang agak selamat dengan kawalan ketat oleh pasukan keselamatan di perairan tersebut.
Trip ni hanya 4h3m dan tempoh masa tersebut boleh dianggap berbaloi walaupun agak padat. Tempahan tiket airasia dibuat sebulan awal dengan harga RM338 untuk return flight. Untuk ke Semporna, airport yang terdekat adalah di Tawau. Sebenarnya susah juga nak dapat harga murah untuk ke Tawau. Mungkin harga tersebut masih relevan dengan masa di atas awan hampir 3jam dari KLIA2. Kalau dapat rate RM200++ grab je la cepat.
Untuk hari pertama, flight berlepas dari KLIA2 jam 5.30pm dan kali ni agak tepat juga waktu berlepas. Sampai di Airport Tawau hampir jam 8.30pm. Airport Tawau ni tak lah besar sangat dan tak perlu nak rushing kalau kat sini. Sampai di airport terus beratur di kaunter imigresen untuk dapatkan pas lawatan. Nasib baik orang pun tak ramai semasa di imigresen dan proses pun sangat cepat sebab yang beratur tu pun cuma penumpang flight dari KL sahaja.
Untuk trip kali ini juga, rakan FN di Tawau sekali lagi banyak membantu. Lebih kurang jam 9.15pm dia sampai di airport untuk bawa FN terus ke Semporna. Sebenarnya dia pelawa untuk bermalam di rumah keluarganya di Semporna tetapi memandangkan FN taknak ganggu privacy mereka, lebih elok rasanya bermalam di hotel.
Sampai di Semporna jam 10.30pm dan terus pergi ke kawasan pekan untuk mencari hotel. 3 buah hotel kuredah tapi nasib tak menyebelahi dan semuanya telah penuh. Mujur ada 1 lagi tempat yang masih ada kekosongan iaitu Penginapan Didaya. Mungkin sebab Tempat ni tak diiklankan secara online sebab tu masih ada bilik kosong lagi. Yang lain-lain tu banyak bilik dah dijual secara online.
FN berjaya dapatkan bilik yang berharga RM65/night dan kemudahan dalam bilik sangat basic. Untuk makluman, rate bilik di Semporna ni agak mahal juga walaupun sekadar dorm. Mungkin faktor kawasan ni yang semakin berkembang pesat dan tumpuan pelancong antarabangsa terutama dari negara China.
Penginapan Didaya Semporna
Penginapan ni terletak di kawasan Pekan dan berdekatan seafront serta jeti umum. Dari segi kedudukannya memang agak strategik juga sebab dekat dengan segala kemudahan.
>>Senarai Hotel Dengan Harga Murah<<
Hari pertama memang tiada aktiviti sebab sampai pun dah lewat malam. Lagipun Penginapan Didaya ni akan kunci pintu utama jam 11pm.
Misi utama di Semporna ni nak explore pulau-pulau yang menarik di sini. Rugi lah kalau datang ke sini tak masuk pulau kan. Memang tak sabar-sabar nak turun ke laut. Aktiviti island hoping akan bermula keesokan hari……
Pakej Island Hoping Semporna
Untuk trip kali ni, FN ikut pakej yang dicadangkan oleh kawan FN. Boleh contact Cik Ann : 014-3567379 untuk buat tempahan atau nak dapatkan lebih detail. Harga memang berpatutan dan servis dijamin terbaik.
Itinerari 4h 3m
Hari Pertama
5.30pm- Flight berlepas dari KLIA2
8.30pm- Tiba di Tawau Airport
10.30pm- Tiba di Semporna dan Check in di Penginapan Didaya
Hari Kedua
8am: Sarapan
9am-4pm: Island hopping ke pulau berikut
– Pulau Gusungan
– Pulau Mabul
– Pulau Kapalai
5pm: Beli souvenier di Floating
8pm: Dinner
Hari Ketiga
7.30am: Sarapan
9am-4pm: Island hopping ke pulau berikut
– Pulau Tatagan
– Pulau Bohey Dulang
– Pulau Mantabuan
– Pulau Sibuan
5pm: Bersiar-siar di sekitar Pekan & terus dinner. Malam takde aktivit sebab kepenatan. haha
Hari Keempat
7.30am: Sarapan
9am-4pm: Island hopping ke pulau berikut
– Pulau Timba timba
– Pulau Mataking
– Pulau Pompom
5.30pm : Bertolak ke Tawau airport
Artikel berkaitan untuk trip 4 hari 3 malam di Semporna Sabah:
- Hari Kedua – Trip ke Pulau Mabul Yang Menyeronokkan
- Hari Ketiga – Pulau Bohey Dulang Yang Menakjubkan
- Hari Keempat – Pulau Mataking Syurga Hidupan Dasar Laut
Fizah says
Salam
Bulan berapa paling baik & menarik ke Semporna Dan pulau2
Mohon email itinerary & harga pakej
FikriNordin (FN) says
wa’salam,
Yang menarik tentang Semporna ni sebab dibuka sepanjang tahun. Mungkin faktor geografi Semporna ni yang terlindung dari tiupan angin monsun. Waktu FN ke sana bulan januari. Cuaca memang panas terik & laut pun tenang. Tengah tahun waktu terbaik kalau nak pergi.
Untuk itenari, boleh refer dalam post tersebut. Dari pagi sampai petang banyak di laut untuk island hopping. Waktu malam cuma makan-makan je sebab Semporna macam takde aktiviti sangat waktu malam.
Untuk harga pakej masuk pulau tu boleh contact Cik Ann (0143567379). Sebab dulu amik pakej dengan dia RM275 untuk 3 hari island hopping. Sekarang tak pasti berapa.
Rollam says
Bro pergi solo trip ke?sebab saya bercadang nak pergi secara solo trip
FikriNordin (FN) says
ya solo.. tp wktu island hopping tu dpt la jmpa kwn baru sbb kongsi 1 bot.
Mas intan says
Kalau solo perempuan selamat tak? Saya bercadang nak bermalam di mabul at least semalam.
FikriNordin (FN) says
Insha Allah selamat.. mabul pun ada kawalan keselamatan. apa pun kena sentiasa jaga keselamatan diri.
syirah says
salam
boleh tau kos semua sekali ?
sbb saya bercadang pergi bln 9 ni secara solo
FikriNordin (FN) says
Wasalam..
RM900.
yg paling mahal flight sebab susah dpt flight murah ke tawau
Alep says
Kalau tolak harga flight agak2 berapa kos..makanan mahal x n senang dapat x?
FikriNordin (FN) says
RM550.. makanan harga biasa mcm semenanjung. Kt pekan semporna mmg byk kedai mkn.
MAHERAN BINTI ALI says
dah pergi ke belum. baru buka blog ni. saya pun plan solo
FikriNordin (FN) says
belum lagi.
Kalau solo ni susah sikit..kena join group lain untuk island hopping.
Zaid says
As salam FN. Nak tanya, masa booking dulu dgn cik ann tu sebelum sampai di semporna ke atau booking bila dah tiba sana?
FikriNordin (FN) says
Wa’salam.. kawan FN dah book awal. Smpai sampai sana terus join trip je
Nurhayati Binti Khairudin says
Salam encik FN…saya nk tanya psl island hoping tu…org yg encik berurusan tu masih lagi guna nombor yg sama ke?…maaf sy bertanya sb takut dh bertukar nombor lain..terima kasih
FikriNordin (FN) says
Wa’salam..
Cik Ann tu ya? Rasanya masih nombor sama