FikriNordin (FN)

Trip dan Itinerary ke Semporna Sabah 4h3m

Misi menawan Semporna Sabah telah berjaya dilaksanakan setelah hampir setahun menunggu sepertimana post sebelum ini TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SABAHSememangnya pulau-pulau di Semporna menjadi destinasi pilihan FN jika ke Sabah. Semporna semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia dengan adanya gugusan pulau yang cantik. Aktiviti pelancongan pun kian rancak dipromosikan.

Dari segi geografinya, terletak di Sebelah Timur Sabah dan berada di perairan laut Sulu yang merupakan kawasan yang terdedah kepada ancaman pihak sulu. Sepanjang FN ke sana, situasi memang agak selamat dengan kawalan ketat oleh pasukan keselamatan di perairan tersebut.

Trip ni hanya 4h3m dan tempoh masa tersebut boleh dianggap berbaloi walaupun agak padat. Tempahan tiket airasia dibuat sebulan awal dengan harga RM338 untuk return flight.  Untuk ke Semporna, airport yang terdekat adalah di Tawau. Sebenarnya susah juga nak dapat harga murah untuk ke Tawau. Mungkin harga tersebut masih relevan dengan masa di atas awan hampir 3jam dari KLIA2. Kalau dapat rate RM200++ grab je la cepat.

Untuk hari pertama, flight berlepas dari KLIA2 jam 5.30pm dan kali ni agak tepat juga waktu berlepas. Sampai di  Airport Tawau hampir jam 8.30pm. Airport Tawau ni tak lah besar sangat dan tak perlu nak rushing kalau kat sini. Sampai di airport terus beratur di kaunter imigresen untuk dapatkan pas lawatan. Nasib baik orang pun tak ramai semasa di imigresen dan proses pun sangat cepat sebab yang beratur tu pun cuma penumpang flight dari KL sahaja.

Untuk trip kali ini juga, rakan FN di Tawau sekali lagi banyak membantu. Lebih kurang jam 9.15pm dia sampai di airport untuk bawa FN terus ke Semporna. Sebenarnya dia pelawa untuk bermalam di rumah keluarganya di Semporna tetapi memandangkan FN taknak ganggu privacy mereka, lebih  elok rasanya bermalam di hotel.

Sampai di Semporna jam 10.30pm dan terus pergi ke kawasan pekan untuk mencari hotel. 3 buah hotel kuredah tapi nasib tak menyebelahi dan semuanya telah penuh. Mujur ada 1 lagi tempat yang masih ada kekosongan iaitu Penginapan Didaya. Mungkin sebab Tempat ni tak diiklankan secara online sebab tu masih ada bilik kosong lagi. Yang lain-lain tu banyak bilik dah dijual secara online.

FN berjaya dapatkan bilik yang berharga RM65/night dan kemudahan dalam bilik sangat basic. Untuk makluman, rate bilik di Semporna ni agak mahal juga walaupun sekadar dorm. Mungkin faktor kawasan ni yang semakin berkembang pesat dan tumpuan pelancong antarabangsa terutama dari negara China.

Penginapan Didaya Semporna

Penginapan ni terletak di kawasan Pekan dan berdekatan seafront serta jeti umum. Dari segi kedudukannya memang agak strategik juga sebab dekat dengan segala kemudahan.

>>Senarai Hotel Dengan Harga Murah<<

Hari pertama memang tiada aktiviti sebab sampai pun dah lewat malam. Lagipun Penginapan Didaya ni akan kunci pintu utama jam 11pm.

Misi utama di Semporna ni nak explore pulau-pulau yang menarik di sini. Rugi lah kalau datang ke sini tak masuk pulau kan. Memang tak sabar-sabar nak turun ke laut. Aktiviti island hoping akan bermula keesokan hari……

Pakej Island Hoping Semporna

Untuk trip kali ni, FN ikut pakej yang dicadangkan oleh kawan FN. Boleh contact Cik Ann  : 014-3567379 untuk buat tempahan atau nak dapatkan lebih detail. Harga memang berpatutan dan servis dijamin terbaik.

Itinerari 4h 3m

Hari Pertama
5.30pm- Flight berlepas dari KLIA2
8.30pm- Tiba di Tawau Airport
10.30pm- Tiba di Semporna dan Check in di Penginapan Didaya

Hari Kedua
8am: Sarapan
9am-4pm: Island hopping ke pulau berikut
– Pulau Gusungan
– Pulau Mabul
– Pulau Kapalai
5pm: Beli souvenier di Floating
8pm: Dinner

Hari Ketiga
7.30am: Sarapan
9am-4pm: Island hopping ke pulau berikut
– Pulau Tatagan
– Pulau Bohey Dulang
– Pulau Mantabuan
– Pulau Sibuan
5pm: Bersiar-siar di sekitar Pekan  & terus dinner. Malam takde aktivit sebab kepenatan. haha

Hari Keempat
7.30am: Sarapan
9am-4pm: Island hopping ke pulau berikut
– Pulau Timba timba
– Pulau Mataking
– Pulau Pompom
5.30pm : Bertolak ke Tawau airport

Artikel berkaitan untuk trip 4 hari 3 malam di Semporna Sabah: